<height>60</height>
<description><![CDATA[       Ini lah Pekan Telok Bakong sekarang...dahulu masa aku kecik2 ,pekan ini mengalami zaman kegemilanganya..pada era 80-an dan 90-an kebanyakan aktiviti ekonomi tertumpu di sini, banyak  juga kedai yang dibuka disni seperti kedai kopi (Kup Baki), kedai Runcit, kedai repair TV (mat nande) kedai hardware dan photostate . itu dulu le...tapi sekarang.....
       Banyak kedai yang ada disini..tapi sekarang udah tak macam dulu .....dah tak meriah dengan bagunanya yang semakin uzur....sedih gak tengok ada juga bagunan yang sudah runtuh... ]]></description>
<description><![CDATA[SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1907, bermula sebagai Sekolah Melayu Telok Bakong. Sekolah ini telah dibuka di Kampung Paloh. Muridnya ada seramai 37 orang, yang terdiri daripada lelaki sahaja. Guru Besarnya ialah En. Mohd Maarof Bin Longgok. Beliau bertugas sehingga 13 Januari 1923.
Diatas inisiatif daripada Maharaja Dewa Uda Ibrahim, sekolah ini telah dirobohkan dan digantikan pula dengan sebuah bangunan yang baru diperbuat daripada batang pinang dan beratap nipah. Kemudian pihak pemerintah telah membina sebuah bangunan baru yang terletak di Telok Bakong. Murid-muridnya adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan. Antara Guru Besar yang pernah bertugas disekolah ini ialah En. Mohd Tawi B. Hj. Abas (13 Januari 1923 hingga 13 November 1942) dan En. Abdullah Sham (14 November 1942 hingga 1 Febuari 1943).
Sekolah Melayu Telok Bakong kemudiannya telah di asingkan menjadi dua buah sekolah lelaki dan perempuan.
Guru besar sekolah lelaki ialah En. Mohd Wahid B. Othman (3 Febuari 1943 hingga 8 Januari 1950), En. Mohd Yunus B. Ibrahim (9 Januari 1950 hingga 11 Januari 1951), dan Tn. Hj. Yp. Shahidan. B. Pjg Kolah (12 Januari 1951 hingga 1 Januari 1954). Guru Besar sekolah perempuan ialah Pn. Chah Bt. Alang Mat (2 Januari 1949 hingga 15 April 1960) dan Pn. Sh. Noriah Bt. Syed Ahmad (18 Mei 1960 hingga 28 Januari 1962).
1953 - SRJK Inggeris telah ditubuhkan dan menumpang buat sementara di bangunan sekolah melayu.
1954 - Bangunan sementara SRJK(I) telah didirikan.
1970 - Bangunan tambahan SRJK(I) telah didirikan dan telah menjadi bangunan utama SK Telok Bakong sekarang.
1976 - SRJK (I) telah ditutup bangunan tersebut telah menjadi sebagai sekolah cawangan SMDARY, Bota kanan. Guru Besarnya ialah En. Mohd Nuruddin B. Putih Musit.
1978 - Pada 11 Januari 1978, bangunan SRJK (I) telah diambil alih oleh SK Telok Bakong dengan sepenuhnya. Manakala SM telah ditutup dan murid-muridnya berpindah ke SMSMS 1 Lambor Kanan.
Guru-guru Besar SK Telok Bakong selepas itu ialah:
Tn. Hj. Mohd Nor B. Pjg Aris 1 Januari 1954 hingga 10 Ogos 1962
Tn. Hj. Ahmad B. Ngah Munak 1 November 1962 hingga 8 Julai 1967
En. Mohd Zan B. Alang Sahi 1 March 1967 hingga 1 Mei 1969
Tn. Hj. Ismail B. Yp. Mohd Tamin 2 Mei 1969 hingga 22 Januari 1980
Tn. Hj. Termizi B. Ahmad Damanhuri 15 April 1980 hingga 1 Mac 1981
Tn. Hj. Hamzah B. Mat Asi 2 Mac 1981 hingga 1 April 1982
Tn. Hj. Mohd Daud B. Hj. A. Aziz 1 Mei 1982 hingga 2 November 1987
Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. 
sumber : http://sktbakong.tripod.com]]></description>
<description><![CDATA[I          ni le pemandangan jalan raya di sekitar Telok Bakong.....sebelah kiri jalan tu pekan Telok Bakong...dulu pekan ini kiranya mcam pusat bandar le...aktiviti perniagaan semua tertumpu di sini...mase tahun 80-an hingga pertengahan 90-an pekan ini sungguh meriah , kiranya penduduk tertumpu kat sini le nak beli barang2 keperluan.....
  boleh dikatakan semua kedai ade. pada mase itu ..kedai kopi ( kedai kopi baki ) kedai kasam , kedai ngah pok, kedai pak kolah, dan lain2 le...kedai..sampaikan dulu ade kedai membaiki barang elektrik ( kedai mat nande) dasyat tul..
 tapi sekarang pekan telok bakong udah uzur bebenor... bagunan pun udah mcm nak menyembah bumi... bile le nak tukor bagunan batunye...
           di harapkan pekan ini kembali ke zaman kegemilangannye dulu...
<description><![CDATA[   ni le Padang Koba Telok Bakong......kat sini le aktiviti ekonomi penduduk Telok Bakong seperti pertanian...pertenakan dan lain2...
   mase aku bebudak dulu selalu le mandi kat sini weh...time ayor sebak meloncat2 nak mandi....ate time itu mane ade nak ingat takut ke idak
   Banyak peristiwa pahit dan manis yang ponah berlaku kat sini weh.....dulu kat tempat sini kecoh pasal citer hantu pocong keluar dari ayor sungai perak sehingga menggemparkan penduduk kampung ketika itu, sampaikan udah masuk majalah Mastika lagi.
  Kenangan paling best kat tempat ini ialah semasa penggambaran drama tv termahal di malaysia masa dulu dlm tahun 1997 iaitu drama "Kota Setia" .hampir separuh penduduk kampung Telok Bakong menjadi pelakon ekstra...tak kire le yang tua , mude, jande, dan lain2 lagi..glamer abis org kampung ni....siap shoting pakai helikopter lagi tu...
  ape yg aku nengok skrg ni padang koba udah makin kecik...udah kena hakis...dulu besor je padang tu skrg dah kena hakisan..harap2 tempat ni kekal abadi
p/s : kome kalau nak menalipaun ( telefon) yg pakai handphone pergi le ke Padang Koba ini Line Full tu... aku pakai digi ngn maxis full bar tu..kat rumah haram jadah  satu bar je...]]></description>