Want your
own Fotopage?








 
nagabersembor Telok Bakong Malaysia
Nagabersembor Telok Bakong
By: nagabersembor nagabersembor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Friday, 23-Nov-2007 10:41 Email | Share | | Bookmark
Sawah Padi Di Telok Bakong

pemandangan yg indah
sayup mata memandang
sungguh tenang sekali
kehijauan padi yg mengasyikan
indah sungguh
keindahan sawah padi di kampung Telok Bakong

Add comment


Sunday, 18-Nov-2007 17:14 Email | Share | | Bookmark
Pekan Telok Bakong

Ini le...pekan Telok Bakong
pemandangan pekan Telok Bakong di tepi jalan raya
Pekan yang menyimpan banyak kenangan dan nostalgia
Bekas kedai Kopi cup Baki yang tinggal kenangan sudah rebah
Ini lah Pekan Telok Bakong sekarang...dahulu masa aku kecik2 ,pekan ini mengalami zaman kegemilanganya..pada era 80-an dan 90-an kebanyakan aktiviti ekonomi tertumpu di sini, banyak juga kedai yang dibuka disni seperti kedai kopi (Kup Baki), kedai Runcit, kedai repair TV (mat nande) kedai hardware dan photostate . itu dulu le...tapi sekarang.....

Banyak kedai yang ada disini..tapi sekarang udah tak macam dulu .....dah tak meriah dengan bagunanya yang semakin uzur....sedih gak tengok ada juga bagunan yang sudah runtuh...

kome simpan le gambo ni .x lame lg dah jd sejarah je. udah nak moden kg kite ni. Fri 6-Mar-2009 04:24
Posted by:lubokanchor
Salam semua warga Kg Telok Bakong. Sekolah ini bersebelahan rumah saya. Rumah Hj Baba Kasim (Hj Abdul Karim) Semua yang belajar di sini mmg banyak kenangan. Malangnye sekolah ini dah tak semeriah zaman 60an ---90an. Ramai warganye mencari rezeki di kota lain. Rumah org tua kebanyakkan usang tidak berpenunggu spt umah aku sebelah sekolah. Kalaulah kita dapat adakan satu sumber pendapatan spt kilang atau ladang di kampong ada kemungkinan warga Kg yang akan datang tidak ke bandar mencari rezeki. Sekarang semua Kampong2 kebanyakkan dah macam Kampong kita, kerana selepas belajar, peluang kerja kebanyakkan ada di bandar. Sekolah pun muridnye tak ramai macam dulu, sebab tiada anak muda di Kampong dan ada pun tak ramai. Kampong hanya ada beberapa warga emas saje lagi. Macam saya pun nak balik selalu kami sekeluarga nak berkampong terpaksa mencari rumah saudara atau resort atau rest house kerana orang tua dah tak ada. Semoga kampong kita akan kembali meriah seperti dulu. Amin. Wed 3-Nov-2010 04:33
Posted by:ZAINURIAH BINTI ABDUL KARIM
Add comment


Sunday, 18-Nov-2007 16:42 Email | Share | | Bookmark
Masjid Telok Bakong

Tersegam indah
pandangan dari sisi
Bahagian hadapan masjid
View all 4 photos...
Gambar masjid Kampung Telok Bakong

heheheh gambor2 baru pergi je kat web rasmi telok bakong www.telokbakong.com Sun 8-Mar-2009 12:33
Posted by:nagabersembor
mike tau k sape tman ni Mon 16-Mar-2009 08:33
Posted by:lubokanchor
ntah lubok anchor ni sape lak hehehhe Tue 17-Mar-2009 01:26
Posted by:nagabersembor
View all 4 comments Add comment


Sunday, 18-Nov-2007 16:21 Email | Share | | Bookmark
Sekolah Kebangsaan Telok Bakong

Bagunan lama sekolah Kebangsaan Telok Bakong
Padang Bola sekolah..
Bagunan lama sekolah yang telah di naik taraf.
View all 6 photos...
SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1907, bermula sebagai Sekolah Melayu Telok Bakong. Sekolah ini telah dibuka di Kampung Paloh. Muridnya ada seramai 37 orang, yang terdiri daripada lelaki sahaja. Guru Besarnya ialah En. Mohd Maarof Bin Longgok. Beliau bertugas sehingga 13 Januari 1923.

Diatas inisiatif daripada Maharaja Dewa Uda Ibrahim, sekolah ini telah dirobohkan dan digantikan pula dengan sebuah bangunan yang baru diperbuat daripada batang pinang dan beratap nipah. Kemudian pihak pemerintah telah membina sebuah bangunan baru yang terletak di Telok Bakong. Murid-muridnya adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan. Antara Guru Besar yang pernah bertugas disekolah ini ialah En. Mohd Tawi B. Hj. Abas (13 Januari 1923 hingga 13 November 1942) dan En. Abdullah Sham (14 November 1942 hingga 1 Febuari 1943).

Sekolah Melayu Telok Bakong kemudiannya telah di asingkan menjadi dua buah sekolah lelaki dan perempuan.
Guru besar sekolah lelaki ialah En. Mohd Wahid B. Othman (3 Febuari 1943 hingga 8 Januari 1950), En. Mohd Yunus B. Ibrahim (9 Januari 1950 hingga 11 Januari 1951), dan Tn. Hj. Yp. Shahidan. B. Pjg Kolah (12 Januari 1951 hingga 1 Januari 1954). Guru Besar sekolah perempuan ialah Pn. Chah Bt. Alang Mat (2 Januari 1949 hingga 15 April 1960) dan Pn. Sh. Noriah Bt. Syed Ahmad (18 Mei 1960 hingga 28 Januari 1962).

1953 - SRJK Inggeris telah ditubuhkan dan menumpang buat sementara di bangunan sekolah melayu.
1954 - Bangunan sementara SRJK(I) telah didirikan.
1970 - Bangunan tambahan SRJK(I) telah didirikan dan telah menjadi bangunan utama SK Telok Bakong sekarang.
1976 - SRJK (I) telah ditutup bangunan tersebut telah menjadi sebagai sekolah cawangan SMDARY, Bota kanan. Guru Besarnya ialah En. Mohd Nuruddin B. Putih Musit.
1978 - Pada 11 Januari 1978, bangunan SRJK (I) telah diambil alih oleh SK Telok Bakong dengan sepenuhnya. Manakala SM telah ditutup dan murid-muridnya berpindah ke SMSMS 1 Lambor Kanan.
Guru-guru Besar SK Telok Bakong selepas itu ialah:
Tn. Hj. Mohd Nor B. Pjg Aris 1 Januari 1954 hingga 10 Ogos 1962
Tn. Hj. Ahmad B. Ngah Munak 1 November 1962 hingga 8 Julai 1967
En. Mohd Zan B. Alang Sahi 1 March 1967 hingga 1 Mei 1969
Tn. Hj. Ismail B. Yp. Mohd Tamin 2 Mei 1969 hingga 22 Januari 1980
Tn. Hj. Termizi B. Ahmad Damanhuri 15 April 1980 hingga 1 Mac 1981
Tn. Hj. Hamzah B. Mat Asi 2 Mac 1981 hingga 1 April 1982
Tn. Hj. Mohd Daud B. Hj. A. Aziz 1 Mei 1982 hingga 2 November 1987

Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

sumber : http://sktbakong.tripod.com

MEMEMBA YG BRANAK TAHUN 1980 SKOLAH TLOK BAKONG GERENTI KENAI AKU..LOS TAHIR..LAME BENO UDAH TK JUMPE KEKAWAN LAME..TGK GAMBO SKTB NI NK SUKE PN ADE NK TOYAK PN ADE....MANE MEMEMBA YG KENAI TU AKU UCAPKAN ASALAMUALAIKUM..... HIDUP NAGEBESEMBO Sun 27-Feb-2011 03:16
Posted by:LOS
DOL kasai mane jan raman?? u don 't no me but i no u... Sun 26-Jun-2011 11:34
Posted by:fizah
his... aku klik klik jumpa plak laman cite lama masa sktb haa nak cuba juga kalau kawan lama kena aku masa tu aku dok kat sktb dari tahun 71-76 darjah 1A gurunya cikgu timah aduh punya le aku ketar lutut dr pg hingga tengahari ya le masa tu bukan ropa sekarang cikgu tuko tuko tiap mata pelajaran dulu cikgu itu aje haa klas orang putih baru tuko cikgu , aku ingat yg ngajo orang putih cikgu zainab pakai comen mata huss .... kalau ia masuk ngajo rasa terlepas hutang 5 kupang (dulu) sekarang org kata 1000 le seronok plak pasal cikgu timah x ngajo tp x lama sekejap le rasa rasa 1/2 jam lepas tu aduh ngetor balik le aku cikgu timah nak masuk balik klas.aku teringat masa buat kerja subjek kira kira (Matematik la ni) aku silap tulis / jawap apa lg ia panggil dok depan sebelah meja dia. ambik buku tulis aku padam dengan raba sambil tu mulut ia mengomel macam macam kata aku sekali sekala tangan ia hingap kat bahu aku ni aduh rasanya dekat 10 x ada aku kena belasah dik cikgu timah, dulu memang aku rasa cikgu timah nie x patut wat kat aku macam tu tp bila la nie bila aku piker balik (Flas back)ia ni nak ngajo bg pandai boleh kira duit nanti ngan betoi.tu darjah 1 punya cerita kalau darjah 2 plak aku takut pada cikgu arsad aduh lagi pening ari ari kena tangan dia, silap silap kena dok bawah meja dia urut kaki yg syok dia tido ,tp sedo plak kalau berhenti gurut. ia kalau nampo nangal jam pasal satu ari ia tampo asri ripin terpelanting jamnya habis hancor (jam murah kot) haa aku ingat lagi ia pekena budak kelas kalau siapa nak balik dulu jawap soalan yg x dpt jawap kena lokis buat misai ngan janggut serta comin mata haa mungkin anda kenai daud cucu mat nato ia teruk kena lokis misai macam kucing lepas tu kena pesan plak jgn bg tanggal petang esok ia nak tenggok tak mau hilang.. aku plak dapat jam tangan (lukis aje) haa satu lagi cikgu meor , ia ni plik juga sikit tiap petang aku le jadi budak suruhannya pie mintak duit kat pompuan ia pasal umah ia tak jauh dari klas lepas tu berambat pie pekan beli rokok sebatang masa tu rokok cap tembak hissss dah jemu aku ari ari kena, kalau bg upah x pa juga.cikgu meor ni pun guru sukan satu hari ia minta pelajar lelaki turun padang tepi tebing sebelah petang buat pemilihan jadi pemain roundas wakil sekolah. apa lagi aku turun le ....nak tau masa aku pegang kayu tu siap ngan stail aku hayun kuat apa lagi bola tu aku pukul sampai kat umah alang buta husss cikgu meor terkejut ngan pukulan aku tu dan tak habis habis pujian yang aku terima dan ia kata ni lah pemain contoh untuk wakil sekolah yang dicari ...bangga rasanya aku masa tu kena puji dik cikgu meor .tapi bila ramai yg boleh main maka dibuat pemilihan kali kedua , bila kena trip aku cikgu meor dah bersorak dan mintak budak lain tengok cara aku buat pukulan dan ia pie dok tepi padang sebelah kiri untuk tengok stail aku pukul .....nak tau apa jadi bila bola dibaling aku pun hayun kayu roundas punya le kuat tenaga aku tp masa tu nasib tidak menyembelahi kerana terlalu gah le aku terlupa yang tangan aku basah licin (baru keluar dari bilik air) bola tak kena yang pie kayu rondas tu betoi betoi terbang depan muka cikgu meor nasib baik ia sempat mengelak (ada Kung Fu kot) apa lagi ia hambat aku le keliling padang ngan mulutnya yang tersangat marah ......habis peluang aku jadi pemain roundas sekolah . Kalau aku ada cuti dan balik kg pasti aku pie tengok tempat lama tu ........senyum juga sorang sorang kadang tu...... nostagia.....salam dari aku buat teman yang mengenali Dr Rodi Thu 27-Oct-2011 14:26
Posted by:rodi kalam
View all 54 comments Add comment


Thursday, 15-Nov-2007 11:00 Email | Share | | Bookmark
Pemandangan di Telok Bakong

pemandangan dari padang koba
Dewan Badminton
Pekan Telok Bakong
View all 4 photos...

Add comment


Wednesday, 14-Nov-2007 05:54 Email | Share | | Bookmark
Telok Bakong ( sepetang di jalan raya)

 
I ni le pemandangan jalan raya di sekitar Telok Bakong.....sebelah kiri jalan tu pekan Telok Bakong...dulu pekan ini kiranya mcam pusat bandar le...aktiviti perniagaan semua tertumpu di sini...mase tahun 80-an hingga pertengahan 90-an pekan ini sungguh meriah , kiranya penduduk tertumpu kat sini le nak beli barang2 keperluan.....

boleh dikatakan semua kedai ade. pada mase itu ..kedai kopi ( kedai kopi baki ) kedai kasam , kedai ngah pok, kedai pak kolah, dan lain2 le...kedai..sampaikan dulu ade kedai membaiki barang elektrik ( kedai mat nande) dasyat tul..

tapi sekarang pekan telok bakong udah uzur bebenor... bagunan pun udah mcm nak menyembah bumi... bile le nak tukor bagunan batunye...
di harapkan pekan ini kembali ke zaman kegemilangannye dulu...

Add comment


Wednesday, 14-Nov-2007 05:24 Email | Share | | Bookmark
Kampung Telok Bakong (Padang Koba)

 
 
 
View all 7 photos...
ni le Padang Koba Telok Bakong......kat sini le aktiviti ekonomi penduduk Telok Bakong seperti pertanian...pertenakan dan lain2...
mase aku bebudak dulu selalu le mandi kat sini weh...time ayor sebak meloncat2 nak mandi....ate time itu mane ade nak ingat takut ke idak


Banyak peristiwa pahit dan manis yang ponah berlaku kat sini weh.....dulu kat tempat sini kecoh pasal citer hantu pocong keluar dari ayor sungai perak sehingga menggemparkan penduduk kampung ketika itu, sampaikan udah masuk majalah Mastika lagi.

Kenangan paling best kat tempat ini ialah semasa penggambaran drama tv termahal di malaysia masa dulu dlm tahun 1997 iaitu drama "Kota Setia" .hampir separuh penduduk kampung Telok Bakong menjadi pelakon ekstra...tak kire le yang tua , mude, jande, dan lain2 lagi..glamer abis org kampung ni....siap shoting pakai helikopter lagi tu...

ape yg aku nengok skrg ni padang koba udah makin kecik...udah kena hakis...dulu besor je padang tu skrg dah kena hakisan..harap2 tempat ni kekal abadi

p/s : kome kalau nak menalipaun ( telefon) yg pakai handphone pergi le ke Padang Koba ini Line Full tu... aku pakai digi ngn maxis full bar tu..kat rumah haram jadah satu bar je...

Add comment


Tuesday, 13-Nov-2007 11:26 Email | Share | | Bookmark
KL INTERNATIONAL MOTOR SHOW

 
 
 
View all 6 photos...
Antara kereta-kereta yang terhebat dlm pameran tersebut

Add comment


Tuesday, 13-Nov-2007 10:50 Email | Share | | Bookmark
2 Fast 2 Fourios Tokyo Drift

 
 
 
View all 5 photos...

Add comment


Monday, 13-Feb-2006 10:20 Email | Share | | Bookmark
D1 Grand Prix Malaysia

 
 
 
View all 6 photos...
Gambar kehebatan kereta-kereta yang di Driftkan pada D1 Grand Prix Malaysia di perkarangan Stadium Bukit Jalil

Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com